Koperasi Kakitangan JKR Dan JBA Pahang Berhad mula ditubuhkan pada 2 Jun 1965 dan didaftarkan pada 3 Mac 1966. Idea penubuhan koperasi dicetuskan oleh sekumpulan buruh atau pekerja bawahan melalui muafakat bersama. Pada awal penubuhan, koperasi tidak mempunyai pejabat untuk beroperasi dan hanya menumpang di Kelab JKR. Manakala mereka yang menjalankan tugas-tugas untuk koperasi tidak dibayar apa-apa elaun pun sementelah pengurusan koperasi diusahakan secara sukarela sahaja.
Sewaktu penubuhan iaitu pada tahun 1966, koperasi ini diberi nama Syarikat Kerjasama Jimat Cermat Dan Pinjam Meminjam Kakitangan Rendah JKR Pahang Timor Dengan Tanggungan Berhad. Kemudiaanya, nama ditukar kepada Koperasi Kakitangan Rendah JKR Pahang Timor Berhad pada tahun 1986. 9 tahun kemudian, nama koperasi ditukar lagi kepada Koperasi Kakitangan Berjawatan Rendah JKR Pahang Berhad. Pada tahun 2006, koperasi sekali lagi diberikan nama yang baharu iaitu Koperasi Kakitangan JKR dan JBA Pahang Berhad dan digunapakai sehingga ke hari ini.
Pihak Koperasi Kakitangan JKR Dan JBA Pahang Berhad tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Portal ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1024 x 306 pixel.
Koperasi Kakitangan JKR Dan JBA Pahang Berhad © 2022