Previous
Next

Tentang Kami

Koperasi Kakitangan JKR Dan JBA Pahang Berhad telah ditubuhkan pada 2 Jun 1965. Kemudiannya, pada 3 Mac 1966, koperasi ini didaftarkan secara rasmi. Untuk rekod, koperasi ini diasaskan oleh sekumpulan buruh atau pekerja bawahan melalui muafakat secara bersama. Pada awal penubuhan iaitu pada tahun 1966, koperasi ini diberi nama Syarikat Kerjasama Jimat Cermat Dan Pinjam Meminjam Kakitangan Rendah JKR Pahang Timor Dengan Tanggungan Berhad.

Kejayaan Koperasi

934 Orang
jumlah Keanggotaan
rM5,918,500.00
Jumlah Modal Yuran
rM504,410.00
Jumlah Modal Syer
rM257,467.00
Simpanan Khas (Wadiah)
rM149,700.00
Hasil Kutipan Sewa Bangunan
rM1,440.00
hasil Kutipan Sewa Permit
RM9.82 Juta
Jumlah Aset Bersih Koperasi
RM50,000.00 (Anggaran)
Zakat Perniagaan
RM35,440.00
Derma Kebajikan & Dermasiswa

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan – soalan yang sering diajukan kepada pengurusan Koperasi Kakitangan JKR Dan JBA Pahang Berhad.

Koperasi Kakitangan JKR Dan JBA Pahang Berhad merupakan sebuah koperasi yang memberikan pinjaman atau pembiayaan kepada anggota yang berdaftar iaitu dalam kalangan kakitangan JKR dan JBA yang bertugas dalam Negeri Pahang.

Koperasi Kakitangan JKR Dan JBA Pahang Berhad merupakan sebuah koperasi yang dianggotai oleh kakitangan JKR dan JBA Pahang, kakitangan koperasi sendiri, dan pasangan atau anak-anak yang berjawatan tetap di mana-mana jabatan kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur.

Koperasi Kakitangan JKR Dan JBA Pahang Berhad menyediakan pembiayaan dan pinjaman kepada anggota yang mendaftar dengan koperasi ini sahaja. Terdapat dua (2) jenis pembiayaan yang disediakan iaitu Pembiayaan Bai’Al-Inah dan Pinjaman Al-Qard iaitu untuk kecemasan.

Anggota boleh datang terus ke pejabat urusan koperasi atau menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Koperasi Kakitangan JKR Dan JBA Pahang Berhad menyediakan pinjaman dan pembiayaan. Kedua-dua terma ini adalah merujuk kepada perkara yang sama iaitu pinjaman kewangan kepada anggota yang layak.

Anggota yang memenuhi syarat-syarat keanggotaan adalah layak untuk membuat pinjaman atau pembiayaan. Anggota juga mendapat manfaat daripada tabung kebajikan yang disediakan oleh pihak koperasi. Bagi anak anggota yang cemerlang dalam pendidikan, anggota berhak memohon untuk mendapatkan hadiah dermasiswa.

Anggota boleh mendapatkan maklumat terperinci berkenaan baki hutang pinjaman dengan menghubungi pejabat urusan di talian 09-5132379 atau melalui emel koperasijkrjba@gmail.com. Anggota juga boleh datang ke pejabat urusan kami yang beralamat No 96, Jalan Haji Abdul Rahman, 25000 Kuantan.

Anggota yang ingin memohon pembiayaan atau pinjaman hendaklah melengkapkan borang dan menyediakan salinan yang diperlukan. Anggota akan diberikan penjelasan oleh anggota pengurusan sekiranya berminat untuk membuat pembiayaan atau pinjaman.

Galeri Koperasi

oleh Admin

Perjumpaan Lembaga dengan Wakil Daerah

oleh Admin

Penyerahan Zakat Perniagaan koperasi

oleh Admin

Kursus Kefahaman Koperasi

Hubungi Kami

koopjkrjba@ymail.com

09 - 5132379 / 011 - 26914209

Waktu Pejabat
Isnin - Jumaat : 8pg - 5 ptg
Sabtu & Ahad : Tutup

Emel kami untuk sebarang pertanyaan.